Sunday, January 17, 2010

Fikir Dan Zikir - Bab 1 by Sidek Baba

Allah SWT mengurniakan akal kepada manusia yang merupakan sebesar-besar rahmat dan nikmat yang membolehkan manusia berfikir. Inilah yang membezakan haiwan dan manusia. Manusia dianugerahkan akal yang mempu menjana pemikiran, sedangkan haiwan mempunyai otak tetapi tidak boleh berfikir. Akal manusia mempu mencerap maklumat dan membolehkan manusia tahu. Daripada tahu, manusia membina ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan pula membolehkan manusia tahu tentang makna diri, makna kehidupan dan makna kesejahteraan - Bab1 (Fikir&Zikir oleh Sidek Baba)