Monday, February 8, 2010

Fikir Dan Zikir - Bab 2 by Sidek Baba

Kemahiran berfikir adalah seseuatu yang amat penting bagi seseorang, kemajuan sesebuah negara dan bangsa, malah seluruh umat. Bangsa Yunani terkenal dalam melahirkan ahli-ahli fikir dan sekali gus menghasilkan karya-karya besar. Pemikiran Aristotle, Plato, dn Socrates masih dikaji sehingga kni. Pemikiran mereka yang berasaskan falsafah, logik dan taakulan menjadi asas kepada pembangunan pemikiran di Barat - Bab2 (Fikir&Zikir oleh Sidek Baba)

Fikir Dan Zikir Bab3 - By Sidek Baba

Berfikir adalah suatu aktiviti akliah dan rohaniah yang berlaku pada manusia hasil daripada kecenderungan untuk mengetahui dan mengalaminya. Ia disusun dengan teratur supaya lahirnya makna. fakta dan kefahaman. Akal manusia berfungsi untuk megingat, memikir dan menaakul. (Bab 3 - Fikir Dan Zikir by Sidek Baba.

Sunday, January 17, 2010

Fikir Dan Zikir - Bab 1 by Sidek Baba

Allah SWT mengurniakan akal kepada manusia yang merupakan sebesar-besar rahmat dan nikmat yang membolehkan manusia berfikir. Inilah yang membezakan haiwan dan manusia. Manusia dianugerahkan akal yang mempu menjana pemikiran, sedangkan haiwan mempunyai otak tetapi tidak boleh berfikir. Akal manusia mempu mencerap maklumat dan membolehkan manusia tahu. Daripada tahu, manusia membina ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan pula membolehkan manusia tahu tentang makna diri, makna kehidupan dan makna kesejahteraan - Bab1 (Fikir&Zikir oleh Sidek Baba)